Apa itu Disposal Diapers? Lampin Pakai Buang yg mempunyai pelbagai jenis jenama dan corak. Pemakaian yang mudah dan tak perlu dibasuh. Selepas dipakai hanya campak je dalam tong sampah. mudahkan?
Amboi....senang nye....Pernahkah anda terfikir di manakah sampah sarap lampin kita itu dibuang? Atau bagaimanakah ianya dihapuskan? Apa kesan pada alam sekitar? Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. hah...bayangkan kalau 10-20 tahun lagi...ape jadi dengan bumi kita? apa yang kita tinggalkan untuk keturunan akan datang kita? Bumi yang dipenuhi tumbuhan beserta udara yang nyaman? atau bumi yang dipenuhi lampin pakai buang beserta udara yang busuk?
Apa itu Cloth Diapers ataupun Lampin Kain? Fungsi die same je cam lampin pakai buang tapi bezanya ia boleh dibasuh...ala cam dulu2 kan ada gak lampin kain tp kene lipat2 kan...same la cam skang....ada perkataan moden kat belakang sebab tak payah susah2 lipat2 pin ke hape...pastu ade byk design2 yang cantik2...bukan anak je yang suka, mak bapak pun suka...weeee....
Kenape perlu pilih Lampin Kain?
CD : Lampin Kain Moden
Kenape perlu pilih Lampin Kain?
- Boleh Jimat tgk gambar kat bawah ni:
CD : Lampin Kain Moden
DD : Lampin Pakai Buang
Nampak Xbeza? tu perbandingan kalo sekeping cd RM25. Kalau boleh dapat murah lagi, lagi besar bezanya kaaannn...heheh
- Membantu mengurangkan pencemaran:
- Lampin Pakai Buang mengambil masa 500 tahun untuk mereput dengan sendiri.
- Bayi bebas bahan kimia
- Bayi kelihatan comel dengan lampin kain yang pelbagai corak warna dan saiz.
Saya tak reti La nak Pakaikan Lampin Kain Moden Ni.
Xretikan boleh belajar. Semua orang dari tak reti kepada expert kan...caranya:
Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang...
Pastu macam mana nak basuh?
Senang aje nak basuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma JANGAN gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia kering dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus. Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.
Kalau nak basuh lebih pun lagi elok. Lagi banyak kali prewash daya serapan lagi tinggi. Pastu jemur la kat terik matahari tu. Bahagian dalamnya jemur keluar. lepas tu sambung balik basuh untuk kali ke seterusnya. Kali kedua dan seterusnya xperlu pakai sabun dah. Just letak dalam mesin, basuh dan jemur. Ulang sehingga kali ketiga atau lebih.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan Kain Lampin Moden ni, boleh la call/sms sahida (012949 2496/010784 2503).
SELAMAT BERCD!!!
kita sanggup bergelap 2 3 jam untuk mnyokong kempen earth hour tapi sedar x sedar kita penyumbang kepada pencemaran alam sekitar sehingga sedekad? JOM SAYANG BUMI KITA! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan