Jumaat, 31 Mei 2013

BILA SAYA STRESS

BILA SAYA STRESS...sy perlukan tido yg secukup2 nye....waktu stress badan urat belikat tulang temulang semua rase cam xbermaya...nak angkat pun tak larat malas...adeh....otak jd berat je...ibarat nye saya membawa besi atau batu atas kepala....adeh.....

Dan sekarang, saat saya menulis ni...saya sedang stress...macam2 ade dalam pale otak....penat otak berfikir....MAU TIDO....huhu...tp malangnya xbleh..sbb saye seorg ibu n isteri....ibu mane y sanggup biarkan anak die merangkak sendiri?ibu mane yg sggup biokan ank die bmain sndiri....ntah ape2 yg dimainkan nye kang....DAN isteri mane yg sggup tgk suami die layan anak, n die sibuk tido kan....kang ade yg ngamuk makan tghari pukul 3...hahaha....


DAN berita baik utk saya harini kerana tak perlu masak kitorang seme g kenduri...makan free...yehuu...hahaha...hilang stress jap....hahaha

Jumaat, 24 Mei 2013

MENGAJAR SI KECIL KAD IMBAS

PANDUAN MENGAJAR FLASHCARD KEPADA SI KECIL DAN MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL-QURAN OLEH USTAZAH AISHAH

Perbezaan masa dan zaman menjadikan perkembangan pembelajaran dan teknik mengajar anak-anak juga berbeza.
Jika dahulu, suatu keajaiban bila kanak-kanak usia 4 tahun boleh membaca buku, tetapi pada hari ini, ia hampir menjadi perkara yang biasa.
Begitu juga, jika 10 tahun lalu, agak mustahil untuk melihat anak seusia dua dan tiga tahun meghafaz Al-Quran, kini dengan adanya kajian, cubaan dan pengalaman, ia bukanlah suatu perkara yang mustahil lagi. Ramai anak-anak kecil seawal usia dua dan tiga tahun sudah mampu membaca dan menghafal surah-surah mudah dari Al-Quran hasil dari didikan dan tunjuk ajar ibu bapa.
Malahan, dengan peredaran masa ini juga, masyarakat mula sedar dengan kemajuan kebolehan kanak-kanak dan pelbagai usaha dan alat bantu mengajar yang berada di pasaran boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa.

Antara 2 aspek utama untuk kanak-kanak mudah membaca dan menghafal Al-Quran:

PERTAMA: Diperkenalkan dengan huruf-huruf Al-Quran dari usia bayi lagi.

KEDUA: Sentiasa diperdengarkan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

- Soalan 1: Bagaimana ingin perkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi?
Jawapan: Antara teknik memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi:

1- Sentiasa menunjukkan ‘flash card’ huruf Al-Quran dan menyebutkannya dengan jelas kepada bayi.

2- Jangan pegang flash card terlalu jauh kerana keupayaan penglihatan bayi agak terhad pada awal usia mereka.

3- Tarik perhatian bayi untuk melihat flash card tersebut dengan menggunakan gaya dan suara yang gembira supaya bayi dapat merasakan sesi pembelajaran mengenal huruf Al-Quran adalah satu sesi yang menyeronokkan, digemari dan ditunggu-tunggu.

4- Lakukan sesi pembelajaran ini ketika bayi dalam keadaan baik dan tenang seperti selepas mandi, sudah kenyang dan sudah cukup tidur dan bersedia untuk bermain (belajar).

5- Jangan pula ibu cepat merasa jemu dan berputus asa jika bayi tidak menunjukkan reaksi dan minat terhadap flash card yang ditunjuk. Jadikan video kejayaan bayi yang lain mengenal huruf-huruf Al-Quran sebagai bahan motivasi anda untuk terus konsisten dalam mengajar dan sematkan dalam diri bahawa bayi anda juga MAMPU untuk melakukannya.

6- TAHNIAH Jika bayi itu lebih berminat untuk mengoyak, mengenggam, menarik flash card tersebut, memasukkan dalam mulut (tapi hati-hati jangan sampai tercekik) kerana ini bermakna, bayi itu tertarik dengan flash card, sedar dengan kewujudan huruf tersebut dan ingin beramah mesra dengannya.Kerana itulah anda perlu miliki beberapa set flashcard sebagai ‘spare’ kepada flash card yang sudah lunyai dalam ‘sesi beramah mesra’ bersama bayi anda
.
7- Mulakan dengan huruf-huruf yang mesra bayi seperti مَ – بَ – تَ dan simpan dahulu huruf-huruf yang sukar seperti خَ – ضَ – ظَ .

8- Lakukan aktiviti ‘bermain’ dengan flash card ini sekerap mungkin. Makin kerap anda ‘bermain flash card’ dengan bayi, makin mesra bayi dengan huruf-huruf tersebut dan ia mempercepatkan proses mengenal dan membaca Al-Quran.

9- Lekatkan juga flashcard pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh bayi seperti dikatilnya, di ruang tamu dan di dinding bilik dan lain-lain.

10- Sediakan juga flash card dalam beg tangan anda atau di dalam kenderaan anda, supaya anda boleh menayangkan flash card sekerap mungkin dan di mana sahaja. Contohnya: kebanyakkan bayi suka menaiki kereta dan diam bila berada dalam kereta, anda boleh menggunakan detik ‘tenang’ bayi ketika ini untuk ‘bermain’ flash card huruf-huruf Al-Quran denganya.

11- Apabila bayi sudah ‘mesra’ dengan flash card, anda boleh mengujinya dengan menyusun dua atau tiga kad, sebut huruf dan bayi akan mengambil kad yang disebut hurufnya. Tahniah, anda berjaya memperkenalkan huruf Al-Quran kepada bayi anda....

Jom Klik https://www.facebook.com/Moms1stChoicez?ref=hl utk dapatkan flashcard/buku2 atau permainan anda sekarang!

Khamis, 23 Mei 2013

ajar anak kecil membaca awal?

Macam mane caranya? nak start dari mana? nanti dia sekolah dia pandai lah...

Mungkin ada ibu bapa yang dok berkira2 macam ni dalam hati... sekarang zaman serba moden, anak2 dah makin bijak...dah banyak gajet yang kita sendiri pun xreti nak gune...semuanya akan jadi mudah sekiranya kita mudahkan cara berfikir kita dengan kata "AKU BOLEH"...."AKU NAK ANAK AKU CEPAT PANDAI"...kalau kita tgk kat luar, dah ramai anak2 yang dah pandai membaca diusia awal mereka....nak ke kite tgk anak kite ketinggalan?TAK NAK KAN? seeloknya mula mengajar anak dari mereka 6 bulan lagi...tapi jika anda masih belum bermula, mulakan dari sekarang....nah ni ada panduan untuk anda menjadi mama n papa hebat untuk anak2 yang super hebat...Buku ni harganya hanya RM21 (termasuk kos pos seluruh Semenanjung)....mulakan langkah pertama anda sekarang...




Isi kandungan Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal.Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman Nik Eliani Nik Nawi dan suaminya Othman Ahmad dengan lebih 20 tahun membesarkan anak-anak sendiri seramai 6 orang dan membantu mereka membaca awal, ditambah dengan pengalaman sebagai guru bahasa Inggeris selama 7 tahun, disulami dengan pengalaman mengajar anak-anak kecil membaca secara aktif selama 2 tahun, diperkayakan dengan pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan tadika sendiri dan rangkaian tadika swasta, dan disertakan dengan pengalaman lebih 14 tahun memberi kursus kepada ibu bapa dan guru serta mendapat maklumbalas daripada ibu bapa, guru dan pentadbir pendidikan. Kami berharap buku ini dapat menjadi panduan dan tunjuk ajar berguna kepada ibu bapa dan guru yang berminat untuk mengajar anak kecil membaca pada usia awal.

Dapatkan Panduan lengkap mengajar anak membaca yg ditulis oleh Nik Eliani berharga RM15 !insyaallah anda akan teruja untuk mengajar anak sendiri membaca..lagi bagus lepas dah baca buku ni, terus ajar anak membaca guna Set Bacalah anakku dan VCD Abu Ada Ayam...pakej lengkap ajar anak membaca...dapatkan Percuma Buku Seronoknya Mewmbaca & Mewarna ABC untuk yang 10 orang yang komen dan buat bayaran hari ini juga..Order sekarang sebelum stok habis..SMS Sahida 010-784 2503 sekarang !

DUIT OH DUIT...

Duit adlah masalah utama dalam hidup...ada yang sanggup terjun bangunan akibat stress kalah judi...kenape?nak cepat kaye, nak duit banyak...bl x dpat jd stress...nauzubillah...ada keluarga yang berpecah belah mungkin sumbang mahram sebab duduk dalam keadaan ruang rumah yang sempit...bercampor anak lelaki dan perempuan yang dah baligh...sebab ape? ada juga anak yang menjadi liar di luar kerana rimas duduk di rumah sendiri,mencari kebahagian kata mereka...SYURGA AKU DI LUAR kata mereka sebab ape? duit....ada yang sanggup dikejar setiap hari dek kerana mencuri di pasar malam atau pasar tani demi mencari sesuap nasik... sebab ape? duit....(Maaf dipohon jika contoh2 diberikan di atas mencalarkan hati mana2 pihak bukan niat saya utk menyinggung hati mane pihak atau sesape...hanya peringatan utk diri sendiri supaya lebih kuat berusaha...tidak hanya berserah kepada takdir...dan sentiasa memohon kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani supaya dimurahkan rezeki)

Nauzubillah, Allah jauhkan keluargaku dari terjadinya perkara2 seperti ini...
Berikan aku kekuatan menempuhi setiap dugaan dan cabaran Mu Ya Allah...
berikan aku peringatan supaya aku tidak lalai dan alpa dengan dunia sementara ini...
Murahkan rezekiku Ya Allah...berikan aku petunjuk Mu....

Sedikit info tentang ayat seribu dinar yg saye google...semoga memberi manfaat kpd saya dan pd yg mbaca...InsyaAllah

Hikmah Ayat 1000 Dinar

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:

1) Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2) Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3) Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4) Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5) Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar:

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.