Khamis, 23 Mei 2013

DUIT OH DUIT...

Duit adlah masalah utama dalam hidup...ada yang sanggup terjun bangunan akibat stress kalah judi...kenape?nak cepat kaye, nak duit banyak...bl x dpat jd stress...nauzubillah...ada keluarga yang berpecah belah mungkin sumbang mahram sebab duduk dalam keadaan ruang rumah yang sempit...bercampor anak lelaki dan perempuan yang dah baligh...sebab ape? ada juga anak yang menjadi liar di luar kerana rimas duduk di rumah sendiri,mencari kebahagian kata mereka...SYURGA AKU DI LUAR kata mereka sebab ape? duit....ada yang sanggup dikejar setiap hari dek kerana mencuri di pasar malam atau pasar tani demi mencari sesuap nasik... sebab ape? duit....(Maaf dipohon jika contoh2 diberikan di atas mencalarkan hati mana2 pihak bukan niat saya utk menyinggung hati mane pihak atau sesape...hanya peringatan utk diri sendiri supaya lebih kuat berusaha...tidak hanya berserah kepada takdir...dan sentiasa memohon kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani supaya dimurahkan rezeki)

Nauzubillah, Allah jauhkan keluargaku dari terjadinya perkara2 seperti ini...
Berikan aku kekuatan menempuhi setiap dugaan dan cabaran Mu Ya Allah...
berikan aku peringatan supaya aku tidak lalai dan alpa dengan dunia sementara ini...
Murahkan rezekiku Ya Allah...berikan aku petunjuk Mu....

Sedikit info tentang ayat seribu dinar yg saye google...semoga memberi manfaat kpd saya dan pd yg mbaca...InsyaAllah

Hikmah Ayat 1000 Dinar

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:

1) Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2) Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3) Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4) Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5) Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar:

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan